Alhamdulillah, semalam (30 Ogos 2010) batch Rx7 telah mengadakan Iftar Zuhud di Kulliyyah of Pharmacy . Juadah berbuka puasa disediakan beramai-ramai secara gotong-royong di belakang Lecture Hall 2 dan Lecture Hall 3. Suasana amat meriah. Semua memberikan kerjasama sepenuhnya. Ada juga yang datang untuk tolong makan saja..hehe. tapi keseluruhannya membantu melancarkan lagi perjalanan program. Apa yang penting, kerjasama.. Chief Chef macam biasa, Sister Nadhirah dan Sister Atikah Isham Shah. Memang terbaekk.. masak nasi putih + ayam masak kicap + telur dadar. Ada juga santapan butir nangka disediakan oleh Sister Akma Idayu.. semuanya, sedap belaka.. juga ada tembikai dan dadih sebagai pencuci mulut yang membuka lagi selera untuk makan lagi.. Selesai terawikh berjemaah, bubur dihidangkan sebagai moreh pada malam itu. Biarpun sederhana, ukhuwwah yang terbina itulah tujuan utama..semoga dengan jamuan iftar ni, jalinan persahabatan dan persaudaraan antara kita akan menjadi lebih utuh. Bulan Ramadhan adalah bulan ukhuwwah. Terima kasih pada semua yang hadir menjayakan serta memeriahkan suasana. Looking forward having our lovely Eid Celebration..!
Ramadhan kareem and Eid Mubarak from all of Rx7 members to all IPhA family~ (^_^)