Igauan MYIIUM

Posted: December 9, 2009 by rijalnaif in Uncategorized

Lantaran kegagalan MYIIUM berfungsi secara baik ketika proses mendapatkan result exam tempoh hari, I-PRESS ingin menarik perhatian semua untuk membincangkan isu ini. Kalau 5 tahun dahulu alasan yang diberikan ialah kampus UIAM Kuantan masih dalam proses percubaan, namun setelah beberapa tahun berlalu, UIAM sepatutnya sudah mampu menunjukkan kredibiliti dan kewibawaan dalam mengendalikan masalah ini.

Sebelum itu, syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan kerana akhirnya pada semester lepas, TER sudah boleh dibuat secara online. Tiada lagi pembaziran kertas dan tenaga untuk menyiapkan TER kepada berpuluh-puluh lecturers yang perlu dinilai. Namun, apa yang perlu diberi perhatian ialah senarai pensyarah mengikut subjek tidak dikemaskini. Oleh itu, pihak kulliyyah dilihat perlu mengambil inisiatif untuk mengemaskini data supaya TER dapat dilaksanakan dengan sistematik.

Keduanya, hampir 4 tahun berada di UIAM Kuantan, course registration dilihat tidak pernah menunjukkan kemajuan. Sistem yang telah diperkenalkan begitu lama di UIAM ini tidak dapat diguna pakai oleh para pelajar di Kuantan ini. Ini membebankan pihak kulliyyah dan pelajar.

Solusi yang terbaik bagi menyelesaikan kebuntuan ini pada pendapat saya ialah dengan menyuarakan masalah ini kepada pihak pengurusan. Andai 16 000 pun pelajar UIAM mengalami masalah ini namun tiada siapa pun yang menyuarakan kepada pihak yang bertangunggjawab, maka tiada apa yang mampu diselesaikan.

p/s: jagalah adab dan susila apabila memberi pendapat.

Comments
  1. ex-class rep. says:

    artikal ringkas tapi padat dgn msj.tahniah!
    syukur TER dh selesai.
    psl TER ni, ad satu cerita.. sem lps as a class rep, ak p opis ckp psl TER ni mmg xkan ada kertas ke nnti if buat online. then, sr. syarina mintk matric n password ak utk dia tgk sama ada cukup x senarai lecturers semua tu. then, dia contact IT unit kat gombak tu utk update mana2 lecturer yg kurang & alhamdulillah y3 punya lecturer cukup. tp xkan la tiap2 sem class rep. kena inform office.alangkah baiknya kalau diorg automatically update.hehee…

  2. Mr. M says:

    dah graduate pun mslh ni still happen.korang report la kt Dr. taher

  3. CTS STUDENT says:

    lao xde problem mmg bkn uia la nmenyer…dri cfs mmbawe ke uia kuantn…hadoiila~~~

Leave a comment